sepanjang beberapa hari disini, aku menimba pelbagai ilmu dan pengalaman menyelami realiti kehidupan sebenar dalam masyarakat kita..komuniti yang hampir kebanyakannya tersisih dan jauh dari kemewahan dan kesenangan tapi mereka diuji oleh allah dengan kesusahan..sungguh terpana aku melihat ketabahan mereka meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan..
terdetik dihatiku, betapa untungnya kehidupanku berbanding kehidupan mereka..kalau latarbelakang ku yang mungkin lebih baik ini merasa tertekan dalam menguruskan perbelanjaan dalam pendapatan yang terhad, bagaimanakah nasib mereka..yang purata sebulan tidak lebih dari beberapa ratus( yang mungkin bernasib baik) ada juga yang tidak mempunyai pendapatan apa-apa..yang terpaksa bergantung kepada hasil bendang dan tanaman lain.. sangat menyedihkan..
itu belum lagi dicampur dengan pengalamanku bertemu dengan mak cik atau pak cik yang uzur tinggal keseorang didalam rumah yang usang dan aku sendiri tidak pasti apakah jenis makanan dan minuman yang menjadi hidangannya setiap hari-hari..sedih untuk aku menekanya..dan kadangkala apabila aku bertanya mengenai jenis makanan yang dimakan setiap hari,dengan payah ada juga yang mengaku tidak mampu untuk makan ayam dan sebagainya..tidak mampu untuk aku terus bertanya lagi...
pengalamanku meredah kawasan kampung,menulusuri pelosok hutan dan pokok getah mencari rumah-rumah yang sentiasa tenggelam sekiranya hujan yang tidak berhenti lebih sehari..ada sehingga mencecah atap dan sebagainya..yang menjadi ketidakpuasan hatiku apabila kesemua rumah yang mendapat pampasan bagi banjir yang lalu adalah sama kepada semua tuan rumah..sedangkan nilai dan tahap kerosakan banyak berbeza...terdapat juga tahap ekonomi yang sangat berbeza tetapi mendapat pampasan yang sama.
benarlah kata seorang respondenku yang menyatakan tidak puas hati terhadap bantuan yang diberikan..ianya tidak setimpal dengan apa yang berlaku pada keluarga tertentu..bagi keluarga yang agak senang seperti beliau yang mempunyai pendapatan harian yang tidak terjejas walaupun sedikit sekiranya banjir dan air yang masuk rumah sekadar di para buku lali tetap mendapat nilai yang sama dengan rumah keluarga yang miskin yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan air banjir yang masuk kerumah hampir mencecah ke atap..sungguh tidak puas hati..
maka hatiku seperti termenung dan tidak tahu telah jauh kemana fikirannya memikirkan nasib mereka..inilah realiti kehidupan..dan jangan anda tidak percaya, dalam dunia hari ini, masih lagi ramai anak-anak kampung yang miskin ini tidak bersekolah..telah berhenti atau memang tidak bersekolah..bagaimanakah nasib mereka diesok hari..mereka juga adalah dari kalangan bangsaku..bangsa yang sedarah yang mengalir dalam tubuhku...
ya allah, aku bersyukur keranaMu telah menetapkan yang terbaik bagiku berada disini bagi mendapatkan hikmah ini..aku juga telah menyedari hikmah tersebut..Kau tetapkan hatiku untuk mencapai satu matlmat yang agak besar dan mencabar bagi diriku untuk memperolehinya..dan mudah-mudahan aku tidak lupa nasib mereka ini sewaktu aku telah berjaya mencapainya..Kau kembalikan diriku kepada insan-insan seperti ini bagi menyumbang sesuatu yang mungkin aku mampu untuk membantu mereka dalam mengubah nasib kehidupan mereka...
tinta ini aku sengaja titipkan untuk peringatan dan segaris nota kecil bagi diriku meluahkan apa yang terpahat dihatiku pada malam ini..semoga nota ini bisa dirujuk semula untuk diri pada masa akan datang bagi menginggatkan diriku kepada nasib insan yang lebih memerlukan pertolongan..insylah..
0 comments:
Post a Comment