
setelah sekian lama aku tidak meng'update' mentarisenja ini..apabila jari-jariku mula pantas untuk menaip di papan kunci ini baru aku menyedari bahawa hampir sebulan aku tidak menulis disini, bahkan result dari peperiksaan yang lepas(last post) sudah hampir untuk diumumkan keputusanya..segalanya aku panjatkan kepada ilahi kerana setiap sesuatu yang ditakdirkan terkandung hikmah yang kadangkala kita tidak mengetahuinya...
maka post pada kali ini buat sekian lamanya tidak berkongsi disini,aku sendiri tidak tahu untuk berkongsi apa..cuma sedikit sebanyak perkongsian yang bersifat peribadi buat diri yang secara tidak langsung telah menamatkan pengajian diperingkat ijazah setelah tamat peperiksaan yang lepas..dan secara jujur, perasaan keliru, berdebar-debar, celaru, tak tahu..semuanya ada buat insan-insan yang akan melalui tempoh seperti diriku..
almaklum, jika sebelum ini rutin kehidupannku tidaklah begitu mencabar..alhamdulh juga untuk ku panjatkan kepada Allah kerana menyusun perjalanan yang sempurna dari mula aku menerima pendidikan rendah sehingga peringkat ijazah ini..dan aku mula menyedari ujian ini tatkala aku telah tamat pengajian yang lebih baik..bila direnungkan semula, memang aku bersyukur..
rupa-rupanya tidak semua insan seperi diriku, atau mungkin juga ada insan yang lebih baik yang diberikan rezeki olah Allah, tetapi apabila menyedari ada yang lebih susah daripadaku, aku melafazkan kesyukuran..yelah, bayangkan sahaja ada juga dari kalangan kita(sedara atau adik beradik sendiri etc) setelah tamat SPM tidak tahu untuk buat apa..tawaran belajar amat susah diperolehi..maka mereka ini, bagi pandanganku lebih hebat daripada diriku atau insan seperi diriku kerana mereka ini terlebih dahulu merasai perasaan keliru, celaru, tak tahu dan sebagainya...
dan seperti biasa, terpaksa juga untuk aku gagahi langkah ke alam atau fasa baru ini..mahu tidak mahu aku kini telah bebas untuk menentukan pilihan kehidupan.,.samada keputusan untuk sambung belajar semula, atau berkerja atau mungkin belajar dalam bidang apa samada membuat penyelidikan atau coursework atau mungkin kerja, kerja bagaimana..persendirian atau makan gaji dan sebagainya...keliru, celaru, tak tahu dan sebagainya...
dan kadangkala apa yang kita rancang sebelum ini tidak semestinya akan terjadi atau berlaku mengikut perancangan tersebut...ia seperti angin lalu, datang angin kebarat, maka ke baratla haluannya, dan sebagainya..yang pasti doa dan minta kepada Yang Esa tetap perlu diusahakan..solat istikharah dan sebagainya..cume petunjuk itu tidak semestinya hadir dalam mimpi tetapi ia juga hadir dan keberatan hati untuk menetapkan sesuatu keputusan...
setelah rungsing bertambah rungsing walaupun aku telah menyusun sesuatu perancangan, hatiku tetap bergolak..maka tatkala hati bersandiwara dan berkata-kata allah memberikan suatu petanda..petanda yang aku juga tidak pasti bagaimana aku mula menyedarinya tetapi alhamdulh aku mula menyedari kekurangan diri...
benarlah, bergolak dihati yang berlaku ini adalah disebabkan perancangan dan niat yang tidak suci..ia dibatasi dengan keuntungan dan kemewahan yang akan diperolehi..dan mungkin ini juga sebab allah masih lagi membalikkan hatiku..baru aku menyedari jika dunia yang kita hendak kejari, tidak semestinya itu yang akan kita perolehi..tetapi sekiranya akhirat yang kita impi, insylah paling kurang akhirat itu sudah pasti..
maka bagi pesanan diriku buat insan yang akan melalui fasa ini atau yang sedang melalui, nilailah semula setiap inci disanubari..aku tidak menyatakan bahawa aku ini adalah insan sempurna dan telah sempurna setelah menyedari alamat ini, tetapi aku juga adalah insan yang juga masih meniti titian kehidupan ini dan kadangkala kita beringat dan kadangkala kita juga terleka..marilah bersama-sama nasihat-menasihati terhadap kebenaran dan kesabaran~
0 comments:
Post a Comment