Tuesday, May 3, 2011

peperiksaan yang terakhir...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..insylh sebentar lagi lebih kurang dari 2 jam aku akan menduduki peperiksaan yang terakhir bagi seorang pelajar sarjana muda di usm ini..dan sebenarnya secara jujur aku tidak tahu untuk membaca apa yang peperiksaan yang terakhir ini..

mungkin sahaja aku tidak ada perasaan lagi untuk mendudukinya kerana telah berehat beberapa hari dari paper yang last terakhir minggu lepas..mungkin juga telah seperasaan dengan kebanyakkan sahabat2ku yang telah meng'post' kegembiraannya apabila telah lama berakhir peperiksaan mereka pada semester ini..apa-apa pun aku berusaha untuk mengingatkan diri yang aku perlu menjawabnya dengan baik..

kelemahan diriku yang kerap kali berlaku dan diingatkan untuk memperbaikinya aku akan cuba untuk mengulanginya dalam peperksaan yang terakhir ini..dan alhamdulah allah bagi ilham untuk aku mengulangkaji semula segala nota-nota sepanjang pengajianku di usm ini dalam bidang pilihanku ini..

alhamdulah, aku dapat rasakan kemahuanku juga membuak-buak kearah ini cuma aku juga tidak pasti samada aku sempat menghabiskannya atau tidak sebelum melangkah kaki kedewan peperiksaan pukul 9.00 pg ini...

baru aku sedar mungkin juga allah sengaja mengaturkan paper ini yang terakhir dalam jadualku untuk aku mengulangkaji semula dari awal sehingga akhir dan membuat konklusi tentang apa yang telah aku pelajari..aku bersyukur kerana dengan cara ini juga menjadikan ingatanku mengenai apa yang telah aku pelajari akan terus diingati selepas ini, insylh..
masa untuk mengulangkaji ku semakin suntuk apabila aku berusaha untuk meluahkan perasaan ini dalam saat-saat yang genting ini..tapi niatku memang aku perlu melakarkannya disini kerana inilah perasaan yang aku alami sekarang, disaat sebelum menghadapi peperiksaan yang mendebarkan ini untuk aku kongsikan dengan semua..doakan aku ea:)~

0 comments:

Post a Comment