Wednesday, April 20, 2011

serimbun pohon berbunga...




alhamdulh setelah sekian lama tidak memanjangkan kalam di warkah ini kini aku berkesempatan..apabila satu nikmat di tarik dan ditambah ujian dalam beberapa bulan ini, menambahkan tempoh tergendala untuk meng'update' kisah disini..dan alhamdulah allah masih panjangkan usia ku sehinga hari ini dengan ilham untuk mencoret kisah yang tidak seberapa tetapi ku doakan moga ia menjadi intan permata yang mampu keberikan kepada mereka yang setia membaca mentarisenja ini..




tiada apa-apa yang mustahak untuk aku ceritakan cuma mungkin satu selingan yang terpancul dalam hati dan diterjemahkan melalui keaktifan jari mengetuk di keyboard ini..apabila nikmat kebahagian yang allah beri dan kita sebagai makhluk yang lemah ini menyedarinya..tidak ada kata-kata yang boleh diterjemahkan cume ketenangan dalam kebahagian itu yang mampu ku panjatkan setinggi kesyukuran kepada illahi..




setiap insan inginkan kebahagian...kebahagian yang dirasakan mampu memberikan senyuman di dalam hati yang kadangkala tidak ada orang yang mengetahuinya tetapi ia juga sering terpancar dari sinar muka dan senyuman yang tidak berbelah bagi..itulah nikmat kebahagian yang sukar diungkapkan..



mungkin ada yang berminat dengan sebaris kalimah yang aku tulis diatas header blog ini.. kebahagian tidak semudah yang disangka, ia perlu dicari bagi insan yang ingin merasainya..maka berbahagialah buat mereka yang telah mengecapinya..dan aku sendiri walaupun telah sekian lama meletakkan kalimah tersebut tetapi ia masih segar dalam diri dan ianya sentiasa mengingatkan diri terhadap suatu nikmat yang dipanggil kebahagian...



benar, kebahagian itu tidak semudah yang kita sangkakan..ianya bukanlah seperti iklan-iklan atau gambar-gambar yang terlekat di minda kita tetapi suatu nilai perasaan yang kadangkala jauh meleset dari apa yang kita sangkakan mengenai tetapi itulah kebahagian..



untuk mengecapinya tidaklah semudah kata-kata..dan kadangkala kita selalu berhenti untuk memilikinya..kerana untuk memilikinya memerlukan pengorbahan, untuk memilikinya memerlukan hati yang bersih dan untuk memiliknya memerlukan pergantungan sepenuhnya pada yang Esa..



benar sahabat-sahabatku..dikala hati relau dan remuk dengan kehancuran dan kekecewaan, yang pertama tanyalah kepada diri anda sendiri, adakah ini yang anda mahukan..carila setiap sisa yang berlaku dalam hidupmu, untuk mengumpul semula keinsafan dan kekuatan diri...mohonlah kepada Allah juga untuk membantu dirimu melalui liku-liku kehidupan ini, dan mohon jugalah kepadaNya untuk memberikan dirimu hati yang baru..agar ianya bersih dari kisah dan dosa lalu..agar ianya suci sesuci embun pagi yang mampu mendekatkan diri Mu dengan Tuhanmu..



dan siap sediakanlah dirimu untuk menempuh ujian itu, biarlah segelen atau setong air mata yang mengalir moga ia menjadi saksi dan tongkat yang mampu memapah diri mu..dan berhati-hatilah kadangkala saat kite melalui laluan ini, ia terasa gelap dan kadangkala tidak berdaya..tambahan lagi dengan bisikan syaitan yang sentiasa menerpa didalam hatimu mungkin juga menjadi batu penghalang untuk dirimu sampai ketitik bahagia itu..



sabarlah temanku, saat itu akan berakhir, ia tidak akan berterusan dan kekal sehingga keakhirnya..kerana allah itu maha adil dan penyanyang..tidak ada yang lebih mengasihi diri kita


selain Dia..maka teruskanlah berperasangka baik kepadaNya..

saat titik akhir itu semakin dekat dengan dirimu, baru di situ engkau akan mengatahui nikmat bahagia yang diberi oleh tuhanmu ini..ia tidak semudah yang kita sangkakan kerana kita juga tahu sesuatu yang berharga itu tidak semudah untuk memilikinya..maka hati -hati yang kental dan dekat kepadaNya mampu membawa kita ke dunia kebahagian ini..



ya allah, aku berdoa kepadaMu untuk memberikan kami kebahagian ini..kekalkan ia sehingga keakhir hayatku dan diakhirat nanti..dekatkanlah hati dengan kasih sayangMu..ya allah kurniakanlah kebahagian ini kepada insan-insan yang sentiasa merinduiMu,amin~

0 comments:

Post a Comment