
sepatutnya mengikut jadual yang telah dipersetujui oleh hati mula hari ini aku perlu mengulangkaji pelajaran makroekonomi untuk menduduki exam paper tersebut hari jumaat ini...manakala pada minggu lepas aku sedia maklum untuk mengulangkaji paper untuk exm rabu ini iaitu masyarakat maklumat..tetapi disebabkan keinginan dan 'patient' yang tidak boleh dibendung dalam diri yang lebih tertarik untuk mengulangakaji subjek masyarakat maklumat ini telah mengasak diri untuk menukil walaupun seketika pada hari ini diblog ini mengenai sedikir perbincangan yang dicetuskan dalam subjek ini iaitu..CYBORG..
mungkin ada yang pernah mendengar istilah ini atau tidak tetapi yang pasti ianya adalah lebih femes dan familiar dalam kalangan kanak-kanak yang minat menonton cerita kartun di televisyen atau membaca komik.. cyborg adalah istilah yang semakin sinonim dalam masyarakat pada hari ini..hal ini kerana penggunaan teknologi pada hari ini adalah dilihat sebati dan mungkin telah menjadi sebati dalam diri individu pada hari ini..
cyborg bermaksud organisma hibrid sibernatik..secara mudah ia bermaksud integrasi atau percampuran manusia dengan teknologi..terdapat dua cara,samada hasil pengimplantation dimana mesin yang dihasilkan menembusi tubuh badan seperti Robocop (mengteknologikan manusia) tetapi mungkin juga dengan cara kedua iaitu identiti organisma yang tertanam atau terlekat dalam maklumat sibernatik seperti dalam cerita the net(memanusiakan teknologi)...
berdasarkan hubungan yang pertama kita melihat terdapat kesan secara positif dan negatif.. dalam arus zaman kita ingin memberikan satu loncatan kehidupan manusia ke satu arah yang lebih baik dengan menggunakan teknologi dimana ia sebagai satu hasil yanag logik dalam budaya siber..dan tanpa kita sedari kita juga telah mengimplimantasikan teknologi dalam diri atau kehidupan kita..
cuma mungkin tahapnya adalah lebih rendah iaitu dengan menggunakan telefon bagi tujuan perhubungan, atau yang lebih canggih lagi sebagai reminder, gprs yang menujukkan jalan, kenderaan motor atau kereta untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya..kita sangat bergantung kepada mesin-mesin ini..
sehinggakan sekiranya mesin ini menghadapi masalah(breakdown) kita seolah-olah tidak boleh teruskan kehidupan atau mungkin menghadapi pelbagai masalah..benar??(macam aku hari ini yang menghadapi masalah untuk tidak boleh menghubungi orang lain perasaan tertekan dan tidak selamat kerana tidak dapat meneruskan kehidupan seperti rutin biasanya..ini juga merupakan kesan negatif dimana mesin ini juga boleh bertindak untuk menghancurkan manusia..
dan manakala berdasarkan makanisme kedua pula adalah dimana kita mendapati diri kita adalah wujud melalui teknologi iaitu komputer dan sebagainya..misalnya, contoh yang paling dekat adalah seperti laman blog ini..ia mulanya adalah sesuatu yang tidak mempunyai perbezaan dan makna , tetapi manusia (iaitu aku) memberikan sedikit sebanyak identiti kepadanya..dan lebih hampir dengan sifat peribadiku..begitu juga facebook dan sebagainya(contoh yang ringan)..
dan kita mempercayainya dalam banyak segi sehinggakan kita tidak begitu suka atau gemar sekiranya ia dicerobohi...
misalnya didalam filem the net dimana Angela Bennet yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi siber dipadam dan digantikan dengan nama/identiti baru iaitu Ruth marx..oleh kerana beliau tidak dapat membuktikan beliau adalah angela (sebab ia hilang daripada realiti) di menjadi orang lain sebagai identiti baru yang diwujudkan dalam sistem makulumat yang tersimpan segala identiti individu...maka persoalannya, siapakan kita? siapakah yang menentukan kita? adakah kita wujud dalam memori? memori siapa? memori apa?
maka secara kesimpulan akhir, samada pembaca faham atau tidak apa yang ingin aku bincangkan disini ingin aku simpulkan bahawa kita hidup dalam zaman pasca humanisma..dimana kita hilang sempada antara manusia dan teknologi...dan kita juga belajar untuk mencintai teknologi bukan merasa takut terhadapnya..
dan dalam perbincangan aliran pascamodenisma yang menyatakan kita pada hari ini sedar mengenai sesuatu yang mengari kehidupan kita, tetapi kita tidak perlu merasa takut terhadapnya..bahkan hendaklah menikmati kehidupan tersebut dengan lebih gembira dan baik..
0 comments:
Post a Comment