
alhamdulah, setelah sekian lama kesibukan diri dan juga sahabat-sahabat dengan gerak kerja di kampus ini,( fasa pilihanraya kampus lalu dan kini Karnival Anak Muda'11 PMI USM) aku diberi kesempatan untuk melakukan usrah semula dengan adik-adik,,
subhanallah terlalu banyak nilai yang aku dapat,benarlah usrah ini bukan sahaja mak usrah yang memberi tetapi aku juga menerima tarbiyah itu sendiri..dan setelah selesai usrah, aku lihat jelas wajah keyakinan dan cahaya nur yang terpancar di muka-muka adik-adik ku., mungkin sahaja mereka merasakan segar kembali dek siraman air tarbiyah dan peringatan bagi menyirami hati yang makin lama semakin lemah akibat perahan keringat dan pengorbanan dalam perjuangan..
alhamdullah aku panjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah kerana aku sendiri tidak berupaya untuk melakukannya melainkan atas pertolongan allah ini.. dan aku sendiri bukanlah insan yang sempurna bagi memberikan nilai tarbiyah yang hebat kepada adik-adikku ini, kerana aku tahu bahawa aku juga masih terlalu banyak compang campingnya dalam amal ibadatku..
benar aku sendiri tidak tahu apa yang hendak aku katakan setiap kali usrah bersama adik-adikku ini..dan sesungguhnya allah sahaja yang melancarkan pertuturanku, allah sahaja yang menyelinapkan cahaya hidayah dalam hati-hati kami, dan aku juga merasai nikmat tersebut.. alhamdullah..
saat bertemu yang tidak sampai 1 jam setelah kesibukan dan kepenatan dalam seharian melakukan tanggungjawab sebagai pelajar di kampus, waktu yang singkat tersebut berupaya dan mampu menjadi peringatan dan kekuatan bagi meningkatkan hasil prestasi dalam hidup yang bertahun-tahun lagi, dan juga yang paling penting selama hidupnya Kau takdirkan dalam perjuangan agamaMu..insylh.. terima kasih juga kepada adik-adikku atas kepercayaan yang kalian berikan untuk kita istiqamah dalam perjuangan ini...
0 comments:
Post a Comment