
entah mengapa kebelakangan ini memori ingatanku kembali segar dengan kenangan dan perasaan klasik sewaktu menuntut ilmu di sekolah itu.. mungkin sahaja saat aku menimba ilmu di madrasah itu aku bukanlah seperti insan lain.. allah takdirkan terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri..dan perasaan dan kenanagn tersebut terus bermain didalam hatiku ini..aku rindu pada diriku yang dulu...
mungkin sahaja pada kala ini aku mula berfikir-fikir dan mengalami pelbagai perasaan jiwa untuk bersedia menentukan langkah kaki ku yang baru selepas ini..saat bulan 5 ni, tatkala menduduki peperiksaan semester yang terakhir, aku akan menghadapi satu fasa baru dalam kehidupanku.. samada aku akan menjadi seorang pekerja yang mula menguruskan dan menanggung kehidupan dengan mata pencarian sendiri atau aku mungkin bergelar mahasiswa postgraduate..yang alamnya tidak akan sama sewaktu menyambung peringkat ijazah dulu..
kematanganku seharusnya ditingkatkan sematang usia yang semakin berumur..dan diriku tidak lagi seharusnya bertingkah seperi anak kecil atau remaja sekolah..aku mungkin kala itu telah bergelar isteri mahupun ibu..dan impianku andai ditakdirkan saat itu yang berlaku, moga allah kuatkan hati untuk aku menempuh segala ujian dalam kehidupan..kerana tanggungjawab menjadi seorang ibu dan isteri seharusnya menjadi kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan..bukan yang akan menghalang atau melemahkan..mudah2an..
mungkin kala ini,kenanganku dengan seorang mudirku yang sentiasa berbicara mengenai kesenian..berbicara mengenai carpen dan sajak kehidupan..sentiasa memancing minatku untuk turut bergiat dalam bidang penulisan ini juga..ia seolah-olah menjerkah kembali memoriku bersamanya dan harapannya agar aku juga mula menulis dan mencintai bidang penulisan ini seperti dirinya yang tidak putus-putus mengutuskan warkah dakwah dalam dada-dada akhbar dan sebagainya..terima kasih ustaz..
aku rindukan kerendahan dan ketelusan hatiku yang dulu..aku rindukan tenangnya hatiku dahulu menadah ilmu di bumbung madarash usang itu..ku rindukan sifat kasih dan sayang yang menebalkan dalam diriku terhadap teman dan sehabatku..ku rindukan keindahan tawakal dan pergantunganku kepada Allah yang tidak pernah lut dari setiap duduk dan diriku..
walaupun aku telah lama meninggalkan madrasah itu, dan walaupun umurku baru setahun jagung ditinggalkan berdikari sendirian di tanah perantauan itu, aku pasrah dan bersyukur atas takdir allah..kerana kenangan dan pengalaman di situ sebenarnya memberikan 'sesuatu' dalam hidupku..dan ianya sebenarnya mematangkan aku pada hari ini..ia sebenarnya mendidik diriku hari ini..dan ia sebenarnya lebih banyak mengajar dan menegurku dalam meniti kehidupan hari ini..
ya allah, aku berdoa...Kau rahmatilah dan berkatilah kehidupanku saat aku dilahirkan sehingga kini..kau ampunilah dosa kesemua guru-guruku dari saat aku dilahirkan sehingga hari ini..kau cantumkan kembali segala kenangan dan kasih sayang yang telah kau berikan pada diriku sehingga hari ini dan untuk akan datang..aku rindukan sahabat dan temanku dahulu, aku rindukan guru-guruku, dan aku rindukan setiap detik masa dahulu yang tidak mungkin akan kembali lagi..
0 comments:
Post a Comment