
saat kali pertama melihat iklan hikayat merong mahawangsa ini di satu papan layar cukup memberi satu semangat untuk diriku menonton filem ini saat ditayangkan dipawagam..mungkin sahaja keterujaan melihat satu perubahan dalam industri perfileman negara. ia seolah-olah setanding filem hebat dari barat seperti Harry porter dan sebagainya..
maka setelah berkesempatan menonton filem tersebut, bukan nilai yang terkandung didalamnya seperti kebiasaan yang aku lakukan..tetapi yang lebih penting dan ligat otak ku mentafsir disebalik pembikinan filem ini... mataku liar melihat latar belakang yang ada dibelakang watak filem, mataku tercantap pada setipa wajah yang menjadi pelakon bagi setiap watak..adakah ia berjaya membawa kesan kepada maksud yang ingin tercapai dan segalanya..
aku pun tidak tahu kenapa fikiranku lebih aktif membuat penilaian terhadap perkara tersebut, tidak seperi filem-filem lain yang aku tonton kebiasaannya aku lebih menghayati penceritaan dan watak pelakon tersebut..mungkin kerana ini yang pertama hasil pembaharuan dalam industri perfileman malaysia maka aku juga tertarik untuk menilai kualitinya..
maka persoalan yang timbul adakah penceritaan dan jalan kisah filem ini adalah benar atau asli?..bagiku tidak semuanya adalah asli walaupun pembuatan filem ini yang menelam hampir beribu juta ringgit dengan kerjasama kerajaan kedah dan sebagainya tetapi ia bukanlah keaslian yang sebenarnya..
cume benarnya nama tersebut sememangnya kita kenali saat membaca dan mengetahui dalam buku teks sejarah mengenai penubuhan negeri kedah atau dikenali dulunya adalah langkasuka tetapi sejauhmana peceritaan didalamnya adalah benar...tidak ada yang asli apabila sesuatu keaslian cuba ditonjolkan..hal ini kerana apabila keaslian ini diterjemahkan ianya tidak lagi asli kerana ia tertakluk kepada pandangan dan bukti yang terbatas..selebihnya adalah imaginasi dan kebenaran yang cuba diadakan...
tambahan lagi mataku juga teliti melihat muka-muka yang menjadi watak dalam filem ini.. sememangnya pencarian orang yang dapat boleh memegang watak adalah penting..imej peribadi fizikal memberikan kredit kepada penyumbangan penceritaan yang dibawa..bagi merong, aku xde masalah..sesuai la juga dengan watak yang dibawa cume, watak puteri dari china dan putera dari Rom..kurang memenuhi citarasa la..aku rasa macam watak tu tak sampai sangat sebab sang puteri tu tak cantik sangat, dapatla mataku terkesan beberapa kesan parut dimukanya walaupun telah ditebalkan dengan bedak..
seterusnya mengenai bahasa yang digunakan dalam filem ini, benarkah masyarakat pada saat tersebut telah begitu familiar atau lancar dalam pertuturan bahasa inggeris..sedangkan kerajaan melaka yang wujud setelah kejatuhan kerajaan langkasuka ini menyatakan bahawa bahasa melayu adalah bahasa perantaraan..dalam filem ini ia menonjolkan watak didalamnya sememangnya telah mengetahui dan bertutur dalam bahasa inggeris termasuk juga kerajaan china..
yela., pengarah turut memberi jawapan bahawa merong ini semamangnya orang yang bijak menguasai bahasa kerana beliau adalah seorang pelayar yang sering merantau ke negara orang termasuk juga negara China tetapi aku rasa macam pelek je penceritaan macam ni..seolah-olah dari zaman dulu lagi bahasa inggeris telah menjadi bahasa perantaraan seperti hari ini.. maka bagiku ianya adalah semata-mata sebuah filem yang diadakan bagi meletakkan ia dipasaran antarabangsa untuk dunia realiti hari ini..maka bahasa yang digunakan juga perlukan bahasa inggeris..
secara kesimpulan tahniah kepada KRU studio kerana berjaya menghasilkan filem sebegini.. bagiku, genre filem seperti ini memang aku minati...sebab ia membawa dan merungkai persoalan dan cerita mengenai sejarah yang telah lama berlalu.. penghasilan filem sebegini juga merupakan salah satu usaha positif bagi menggalakkan anak muda atau generasi pada hari ini mengenali dan mengetahui sejarah dengan cara yang lebih terkini..seperti diriku, apabila menonton filem ini, otakku ligat untuk mengingati fakta-fakta sejarah yang dipelajari dulu, dan aku juga ingin mengkaji semula susun atur perkembangan kerajaan ditanah melayu hari ini.. atau malaysia..selamat menelusuri sejarah negara~
keseluruhan nye best lah ye??de gk dgr org kate xbest..
ReplyDelete(bls di shoutbox sy..sbb nk tau sgt jwpnnye)
haha..nak kate xbest cm kejam sgt kn..tp betul gak, sebb sye sendiri de terlelap mata time tgk movie ni.hihi..tp mybe sebb die gune ayat2 lama yang puitis,pas2 scene gempak tu xbanyak sgt..tp xtaula, mungkin jugk sebb kita tau ni ceter melayu@orang kita yang wat..so dia xde rse excted and excellent time tgk movie ni..sedangkan klu nk bandingkan sama je kot boring die dgn citer2 hollywood cm harry porter, alice ini wonderland etc..tp kite ley rase best.. so xde jwapn yng spesifik best ke x..if kite sendr tgk cam tgk citer biase mmg rse boring tahap dewa la..tp if kite tgk dgn otak yang berfikir, hati yang menghayati ayat2 puitis yg dgunakan..memang dapat mengahyati warisan tnggalan nenek moyang kite..w'llm
ReplyDelete