Monday, February 7, 2011

perkahwinan,bukan sekadar cinta semata..


setelah selesai menyiapkan satu tugasan dan sebelum tidur ingin aku coretkan satu tulisan yang aku sendiri tidak menyatakan ianya adalah benar, tiada yang benar melainkan benar..ia hanya satu pandanganku sahaja mengenai sesuatu yang ku perhatikan..


alhamdulh hari sabtu lepas, keluarga kami selesai menjalankan walimahtul urus kakak sepupu yang diadakan di kampung..walaupun dari tahun lepas hingga tahun ini berderet-deret kakak n sepupuku mengambil giliran untuk kawen, perkahwinan kakak sepupuku yang ini kurasakan ianya sedikit berbeza..


mungkin sahaja kerana kakak sepupuku ini adalah anak yatim piatu, pemergian arwah mak uteh dan pak uteh secara berentetan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kenangan kami semua..dan semestinya pak cik n mak cik termasuk sepupu merasa menjadi tanggungjawab untuk melangsungkan majlis ini dengan baik..


tidak dapat ku bayangkan seandainya aku menikah tanpa ibu dan bapa disisi..perit..dan semestinya menjadi doa dan harapan saudara mara untuk melihat kebahagian terus subur dalam keluarga baru yang hendak dibina ini...buat kakak saudaraku yang melalui saat ini, ku doakan dikau terus mencapi bahagia dengan suami tercinta walaupun tanpa ibu dan bapa disisi..


dan untuk insan-insan yang masih lagi berkira-kira dan mencongak untuk mendirikan rumah tangga, kalian harus mengerti perkahwinan itu bukanlah hanya semata-mata kerana cinta..

ramai yang bercinta tetapi tidak sampai untuk ke jinjang pelamin,bak kata orang bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain..


kita tidak akan mengerti percaturan allah ini, ianya kadangkala diluar penakulan akal kita, ingat setiap perkara itu semestinya ada hikmah disebaliknya..dan yang terbaik itu tidak semestinya yang kita sukai..


bagiku perkahwinan dan alam rumah tangga ini adalah rasa tanggungjawab yang seharusnya disedari dan diberi perhatian oleh semua insan yang mengambil keputusan terhadapnya.. ia tidak hanya kerana cinta, sebab cinta tanpa rasa tanggungjawab tidak mampu menyumbang kepada terbentuknya masjid ini..


rasa tanggungjawab suami untuk menjaga dan mendidik si isteri agar menjadi isteri yang solehah dan ibu mitahli, tanggungjawab isteri memberikan yang terbaik buat suami dalam mengemudi bahtera rumahtangga..dan juga tanggungjawab keluarga terutama ibu dan ayah untuk melepaskan anak yang dilahirkan dan dijaga selama 20 tahun lebih kepada insan yang hanya baru beberapa tahun mengenali anaknya..


begitula alkisahnya yang ingin ku coretkan..sedarlah kalian yang sedang gigih bercinta, pastiakn juga ia bukan sekadar sayang dan cinta yang dilunturkan dibibir tetapi tanggungjawab yang dibebani dihati..nilailah pasangan anda dan buatlah keputusan yang benar bersama siapakah hidupmu selepas ini..semoga berbahagia~

0 comments:

Post a Comment