Tuesday, January 25, 2011

akhirnya..secawan milo ais dan roti canai..

wah..tibela masa untuk sedikit merepek didalam wall ni...post ini tidak ada kaitan yang hidup atau yang telah meniggal dunia..ia hanyalah sekadar perkongsian perasaan ku pagi ni...

disebabkan malam tadi agak lewat untuk aku pulang ke rumah sewa diluar memaksaku untuk menumpang tidur di desa..almaklumla motor ku ni seolah-olah mengharapkan aku melaburkan dalam rm 200 bagi setiap semester..ingat semester ini tidak akan ada masalah untuk aku menghantarnya ke klinik motor rupanya sangkaanku meleset..entah macamana semua lampu utama tidak menyala..dan apabila disurvey dikedai, kos baiki adalah lebih kurang rm 2oo lebih..fuhh..maka, aku tangguhkan dulu untuk membaikinya..

hampir 2 o 3 minggu juga aku tegar membawa motor yang tidak ada lampu ini kemana-mana walaupun pada waktu malam..ketidakadaan lampu ini tidak mampu menghalang rutin harian ku yang kerap kali terpaksa keluar pada waktu malam, bukan suka-suka hati nak keluar,,tetapi terpaksa kerana terlalu banyak meeting yang perlu dilaksanakan bagi taklifan yang dipikul..dan alhamdulah allah sentiasa menjagaku..sentiasa terselamat dari road blok polis dan pak gard usm..aku tahu bahaya,insylh ada rezeki ti aku akan baiki..

maka sambung balik dari penceritaan tadi, sewaktu pulang ke rumah sewa pagi-pagi selepas solat subuh, aku terjakun dan seolah-olah hilang entah kemana setiap kali melihat fenomena yang berlaku pada setiap pagi..mungkin tidak ada yang luar biasa sebab fenomena ini adalah biasa tapi bagi insan sepertiku yang sejak melangkah alam universiti ini jarang untuk keluar pada waktu pagi-pagi seolah-olah telah lama meninggalkan dunia yang sebenar diluar sana.. almaklumla kelas pagi pun bermula seawal 9 am..

maka aku terjakun melihat ibubapa yang berpusu-pusu menghantar anak sekolah, kanak-kanak yang menunggu bas ke sekolah ditepi jalan, orang ramai atau kereta-kereta yang mula menyusun di jalanraya untuk ke tempat kerja..dan sewaktu melintas di kawasan pasar berdekatan perumahan sini, aku melihat fenomena orang yang bersarapan di kedai-kedai kecil ditepi jalan..

maka disebabkan fikiran dan hatiku yang terjakun ini melihat manusia-manusia ini aku mengambil keputusan untuk berhenti di kedai makan ni, tertarik dengan roti canai yang ditebar..sebenarnya biasa je, tapi mungkin sebab terlalu lama tidak menjamu roti canai yang ditebar seawal pagi..yeaala hanya menjamu di kedai mamak itu pun time malam o tengah malam..

dengan secawan milo ais dan roti canai ini aku menjamu sambil melihat dan memerhatikan anak-anak dan ibu bapa yang hendak ke sekolah dan tempat kerja...indahnya zaman persekolahan..terasa ingin kembali semula tetapi ianya mustahil untuk dilaksanakan..mustahil untuk badan ku mengecil dan memendek seperti zaman sekolah dulu..masa tidak boleh diundur ke belakang...

menyelami perasaan ibu bapa yang melayan dengan sabar anak-anak untuk kesekolah..ada yang berdikari sendiri untuk kesekolah..

itu sahaja ceritanya...tenggelam dalam lamunan melihat fenomena manusia yang biasa..merepek je kan..ingat ada apa-apa yang suspen ke..hihi

1 comments:

  1. haha.tak merepek la mus
    tapi lps baca,aku t'gelak plak

    "pin pin PIN PIN"

    "dahla helmet tak pakai,lampu pula takda!!"

    hehe

    sorry mus smlm..

    ReplyDelete