Wednesday, December 14, 2011

Tukar Blog Baru

Insylh untuk sidang pembaca dan follower blog mentari senja silalah jenguk2 jugak blog kedua saya.


insylh blog yg kedua ni lebih spesifik untuk lebih akademik dan spiritual. Blog mentari senja insylh masih lagi akan dikekalkan cuma mungkin agak jarang untuk saya mengupdate post terbaru.

Selamat berkunjung:)

Monday, August 22, 2011

Cahaya ketenangan~

wah sekian lama tidak melakar cerita disini, pagi ini aku memaksakan diriku untuk mengisi sedikit ruang waktu bergongsi di laman peribadiku ini..maka bergembiralah mereka-mereka yang sentiasa meng'update' ceritaku sepanjang masa.. perasaan ku bercampur baur samada ingin ingin meneruskan atau tidak hayat mentari senja ini..kadangkala aku merasakan cerita peribadiku heboh sedunia dan yang paling aku tidak suka jika ada yang sentiasa ingin mengfollow kisah disini bukan untuk mengambil pengajaran dan hikmah tetapi sekadar ingin tahu bagaimana hidupku hingga saat ini..seperti profil facebook ku yang telah 'deactived' untuk menangkis isu-isu seperti ini..

maka menteri senja ini juga masih dalam pertimbangan samada hayatnya akan diteruskan atau tidak..aku gembira untuk meneruskan penulisan dengan cara begini dimana kadangkala aku bergongsi kegembiraan dan kesedihan yang aku alami dalam hidup ini..kerana bagiku setiap yang berlaku pasti dan pasti ada hikmahnya,,dah hikmah itu sentiasa dan wajib kita temui untuk menyakini setiap penentuan Allah itu tidak ada yang sia-sia..

begitu juga kalian semua, teman yang setia membaca dilaman ini, aku pun tidak pasti komen-komen di kotak shoutbox disebelah kanan laman ini adalah benar atau tidak, jika benar terima kasih daun keladi ku ucapkan kerana merasakan post-post dilaman ini adalah sesuatu yang bagus, lain kali bolehlah datang lagi untuk mengomen post yang telah ku tulis dilaman ini..

jika anda mengikuti perkembangan cerita disini,terakhir aku bercerita mengenai pengalaman ku bekerja sebagai pembantu pelajar bagi projek kelestarian dibawah CGSS USM, dan sepanjang tempoh itu hampir 2 o 3 bulan hingga ke tarikh hari ini aku meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang berkelana dibumi ini..dan mungkin terdapat sedikit sebanyak aku meng'post' status di facebook untuk meng'update' diri..

dan yang paling ku ingati aku berdoa, moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya..dan yang pasti ramadhan kali ini adalah jauh berbeza daripada kebiasaan yang dilalui oleh diri..alhamdulah, setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada ilahi..jika ada yang bertanya kenapa aku tidak bekerja setelah tamat pengajian ini, tidak perlu ku menjawap persoalan sedemikian..

pernah satu ketika aku berasa putus asa untuk mencari pekerjaan, ya baru aku faham perasaan mereka yang lagi telah bertahun-tahun berusaha mencari pekerjaan tetapi tidak ketemui..ini pula diriku yang baru setahun jagung(tak setahun pun, baru beberapa bulan) memakai blazer 'fresh graduate' untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan..tetapi tidak mengapa kerana aku di limpahi kasih sayang keluarga terutama ibu bapa yang sentiasa menyokong anakandanya ini..

dan kini aku telah menyedari hikmah yang allah aturkan diriku sungguh cantik dan tidak ada tolak bandingnya..pada saat diriku tidak mempunyai komitmen yang tinggi, aku berkesempatan menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir untuk menatap pemergian seorang guruku yang antara ku rapat ke rahmatullah..setelah kian beberapa tahun tidak ku temui dan mengetahui khabar berita, aku berkesempatan menemui beliau kali yang terakhir untuk bersua..setinggi kesyukuran kerana diriku diantara insan yang ditakdirkan bertemu dengan beliau,wajah arwahyarham sentiasa di tercoret didalam hatiku, moga allah tempatkan arwah bersama golongan-golongan yangberiman.alfatihah..

banyak lagi hikmah yang terkandung dalam tempoh percutian ku ini, tempoh yang singkat untuk diriku berbakti kepada kedua ibu bapaku, memberikan kegembiraan kepada insan-insan yang hadir dan berada disisiku..ianya tidak membazir begitu sahaja, dan sesungguhnya allah juga yang telah mengaturkan tempoh singkat ini adalah untuk diriku membantu dan menabur budi kepada mereka yang memerlukan..alhamdulilah.

tempoh yang singkat ini bakal berakhir tanpa ku sedari, pada saat ku lakarkan tinta disini, kita berada difasa akhir ramadhan , maka peringatan kepada diriku dan teman-teman ku disini untuk menambahkan tenaga dan kelajuan 'gear' untuk memecut dilandasan bulan yang mulia ini terutama untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatulqadar..moga kitasemua bisa menemuinya pada ramadhan kali ini, insyallah..

dan insylh perjuangan untuk menimba sedikit ilmu dalam selautan ilmu dibumi allah ini akan kuteruskan semula setelah seminggu beraya di bulan aidulfitri nanti..doa yang ikhlas ku pohon daripada kalian yang sentiasa menyokong diriku dalam ku sedari atau tidak..

jika aku tidak berkesempatan melakar di tinta ini lagi, aku ingin memohon setinggi kemaafan andai ada yang terguris hati dalam nukilan post-post ku di mentari senja ini, SELAMAT menyambut Aidulfitri, moga kita diantara insan -insan yang kembali kepada fitrah setelah berakhir ramadhan ini dengan terhapusnya dosa-dosa kecil dan besar. YA ALLAH KAU panjangkan usia kali dan ketemukan kami dengan RAMADHAN YANG AKAN DATANG~

Thursday, June 9, 2011

titipan dari kuala nerang untuk diriku..


mengambil sedikit masa pada malam ini, sebentar dalam malam terakhir dikuala nerang ini memuhasabah diri dan segala pengalaman dalam kembara disini.. sebenarnya aku sendiri tidak menyangka dan merancang diriku akan menjadi salah seorang tenaga dalam menjayakan kajian kerentanan dan adaptasi mangsa banjir di kuala nerang ini..sekadar memenuhi jumlah wakil dari kumpulanku untuk membantu projek ini..tetapi alhamdulh setiap takdir itu ada hikmahnya..

sepanjang beberapa hari disini, aku menimba pelbagai ilmu dan pengalaman menyelami realiti kehidupan sebenar dalam masyarakat kita..komuniti yang hampir kebanyakannya tersisih dan jauh dari kemewahan dan kesenangan tapi mereka diuji oleh allah dengan kesusahan..sungguh terpana aku melihat ketabahan mereka meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan..

terdetik dihatiku, betapa untungnya kehidupanku berbanding kehidupan mereka..kalau latarbelakang ku yang mungkin lebih baik ini merasa tertekan dalam menguruskan perbelanjaan dalam pendapatan yang terhad, bagaimanakah nasib mereka..yang purata sebulan tidak lebih dari beberapa ratus( yang mungkin bernasib baik) ada juga yang tidak mempunyai pendapatan apa-apa..yang terpaksa bergantung kepada hasil bendang dan tanaman lain.. sangat menyedihkan..

itu belum lagi dicampur dengan pengalamanku bertemu dengan mak cik atau pak cik yang uzur tinggal keseorang didalam rumah yang usang dan aku sendiri tidak pasti apakah jenis makanan dan minuman yang menjadi hidangannya setiap hari-hari..sedih untuk aku menekanya..dan kadangkala apabila aku bertanya mengenai jenis makanan yang dimakan setiap hari,dengan payah ada juga yang mengaku tidak mampu untuk makan ayam dan sebagainya..tidak mampu untuk aku terus bertanya lagi...

pengalamanku meredah kawasan kampung,menulusuri pelosok hutan dan pokok getah mencari rumah-rumah yang sentiasa tenggelam sekiranya hujan yang tidak berhenti lebih sehari..ada sehingga mencecah atap dan sebagainya..yang menjadi ketidakpuasan hatiku apabila kesemua rumah yang mendapat pampasan bagi banjir yang lalu adalah sama kepada semua tuan rumah..sedangkan nilai dan tahap kerosakan banyak berbeza...terdapat juga tahap ekonomi yang sangat berbeza tetapi mendapat pampasan yang sama.

benarlah kata seorang respondenku yang menyatakan tidak puas hati terhadap bantuan yang diberikan..ianya tidak setimpal dengan apa yang berlaku pada keluarga tertentu..bagi keluarga yang agak senang seperti beliau yang mempunyai pendapatan harian yang tidak terjejas walaupun sedikit sekiranya banjir dan air yang masuk rumah sekadar di para buku lali tetap mendapat nilai yang sama dengan rumah keluarga yang miskin yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan air banjir yang masuk kerumah hampir mencecah ke atap..sungguh tidak puas hati..

maka hatiku seperti termenung dan tidak tahu telah jauh kemana fikirannya memikirkan nasib mereka..inilah realiti kehidupan..dan jangan anda tidak percaya, dalam dunia hari ini, masih lagi ramai anak-anak kampung yang miskin ini tidak bersekolah..telah berhenti atau memang tidak bersekolah..bagaimanakah nasib mereka diesok hari..mereka juga adalah dari kalangan bangsaku..bangsa yang sedarah yang mengalir dalam tubuhku...

ya allah, aku bersyukur keranaMu telah menetapkan yang terbaik bagiku berada disini bagi mendapatkan hikmah ini..aku juga telah menyedari hikmah tersebut..Kau tetapkan hatiku untuk mencapai satu matlmat yang agak besar dan mencabar bagi diriku untuk memperolehinya..dan mudah-mudahan aku tidak lupa nasib mereka ini sewaktu aku telah berjaya mencapainya..Kau kembalikan diriku kepada insan-insan seperti ini bagi menyumbang sesuatu yang mungkin aku mampu untuk membantu mereka dalam mengubah nasib kehidupan mereka...

tinta ini aku sengaja titipkan untuk peringatan dan segaris nota kecil bagi diriku meluahkan apa yang terpahat dihatiku pada malam ini..semoga nota ini bisa dirujuk semula untuk diri pada masa akan datang bagi menginggatkan diriku kepada nasib insan yang lebih memerlukan pertolongan..insylah..

Monday, May 30, 2011

satu fasa dalam kehidupan


setelah sekian lama aku tidak meng'update' mentarisenja ini..apabila jari-jariku mula pantas untuk menaip di papan kunci ini baru aku menyedari bahawa hampir sebulan aku tidak menulis disini, bahkan result dari peperiksaan yang lepas(last post) sudah hampir untuk diumumkan keputusanya..segalanya aku panjatkan kepada ilahi kerana setiap sesuatu yang ditakdirkan terkandung hikmah yang kadangkala kita tidak mengetahuinya...

maka post pada kali ini buat sekian lamanya tidak berkongsi disini,aku sendiri tidak tahu untuk berkongsi apa..cuma sedikit sebanyak perkongsian yang bersifat peribadi buat diri yang secara tidak langsung telah menamatkan pengajian diperingkat ijazah setelah tamat peperiksaan yang lepas..dan secara jujur, perasaan keliru, berdebar-debar, celaru, tak tahu..semuanya ada buat insan-insan yang akan melalui tempoh seperti diriku..

almaklum, jika sebelum ini rutin kehidupannku tidaklah begitu mencabar..alhamdulh juga untuk ku panjatkan kepada Allah kerana menyusun perjalanan yang sempurna dari mula aku menerima pendidikan rendah sehingga peringkat ijazah ini..dan aku mula menyedari ujian ini tatkala aku telah tamat pengajian yang lebih baik..bila direnungkan semula, memang aku bersyukur..

rupa-rupanya tidak semua insan seperi diriku, atau mungkin juga ada insan yang lebih baik yang diberikan rezeki olah Allah, tetapi apabila menyedari ada yang lebih susah daripadaku, aku melafazkan kesyukuran..yelah, bayangkan sahaja ada juga dari kalangan kita(sedara atau adik beradik sendiri etc) setelah tamat SPM tidak tahu untuk buat apa..tawaran belajar amat susah diperolehi..maka mereka ini, bagi pandanganku lebih hebat daripada diriku atau insan seperi diriku kerana mereka ini terlebih dahulu merasai perasaan keliru, celaru, tak tahu dan sebagainya...

dan seperti biasa, terpaksa juga untuk aku gagahi langkah ke alam atau fasa baru ini..mahu tidak mahu aku kini telah bebas untuk menentukan pilihan kehidupan.,.samada keputusan untuk sambung belajar semula, atau berkerja atau mungkin belajar dalam bidang apa samada membuat penyelidikan atau coursework atau mungkin kerja, kerja bagaimana..persendirian atau makan gaji dan sebagainya...keliru, celaru, tak tahu dan sebagainya...

dan kadangkala apa yang kita rancang sebelum ini tidak semestinya akan terjadi atau berlaku mengikut perancangan tersebut...ia seperti angin lalu, datang angin kebarat, maka ke baratla haluannya, dan sebagainya..yang pasti doa dan minta kepada Yang Esa tetap perlu diusahakan..solat istikharah dan sebagainya..cume petunjuk itu tidak semestinya hadir dalam mimpi tetapi ia juga hadir dan keberatan hati untuk menetapkan sesuatu keputusan...

setelah rungsing bertambah rungsing walaupun aku telah menyusun sesuatu perancangan, hatiku tetap bergolak..maka tatkala hati bersandiwara dan berkata-kata allah memberikan suatu petanda..petanda yang aku juga tidak pasti bagaimana aku mula menyedarinya tetapi alhamdulh aku mula menyedari kekurangan diri...

benarlah, bergolak dihati yang berlaku ini adalah disebabkan perancangan dan niat yang tidak suci..ia dibatasi dengan keuntungan dan kemewahan yang akan diperolehi..dan mungkin ini juga sebab allah masih lagi membalikkan hatiku..baru aku menyedari jika dunia yang kita hendak kejari, tidak semestinya itu yang akan kita perolehi..tetapi sekiranya akhirat yang kita impi, insylah paling kurang akhirat itu sudah pasti..

maka bagi pesanan diriku buat insan yang akan melalui fasa ini atau yang sedang melalui, nilailah semula setiap inci disanubari..aku tidak menyatakan bahawa aku ini adalah insan sempurna dan telah sempurna setelah menyedari alamat ini, tetapi aku juga adalah insan yang juga masih meniti titian kehidupan ini dan kadangkala kita beringat dan kadangkala kita juga terleka..marilah bersama-sama nasihat-menasihati terhadap kebenaran dan kesabaran~

Tuesday, May 3, 2011

peperiksaan yang terakhir...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..insylh sebentar lagi lebih kurang dari 2 jam aku akan menduduki peperiksaan yang terakhir bagi seorang pelajar sarjana muda di usm ini..dan sebenarnya secara jujur aku tidak tahu untuk membaca apa yang peperiksaan yang terakhir ini..

mungkin sahaja aku tidak ada perasaan lagi untuk mendudukinya kerana telah berehat beberapa hari dari paper yang last terakhir minggu lepas..mungkin juga telah seperasaan dengan kebanyakkan sahabat2ku yang telah meng'post' kegembiraannya apabila telah lama berakhir peperiksaan mereka pada semester ini..apa-apa pun aku berusaha untuk mengingatkan diri yang aku perlu menjawabnya dengan baik..

kelemahan diriku yang kerap kali berlaku dan diingatkan untuk memperbaikinya aku akan cuba untuk mengulanginya dalam peperksaan yang terakhir ini..dan alhamdulah allah bagi ilham untuk aku mengulangkaji semula segala nota-nota sepanjang pengajianku di usm ini dalam bidang pilihanku ini..

alhamdulah, aku dapat rasakan kemahuanku juga membuak-buak kearah ini cuma aku juga tidak pasti samada aku sempat menghabiskannya atau tidak sebelum melangkah kaki kedewan peperiksaan pukul 9.00 pg ini...

baru aku sedar mungkin juga allah sengaja mengaturkan paper ini yang terakhir dalam jadualku untuk aku mengulangkaji semula dari awal sehingga akhir dan membuat konklusi tentang apa yang telah aku pelajari..aku bersyukur kerana dengan cara ini juga menjadikan ingatanku mengenai apa yang telah aku pelajari akan terus diingati selepas ini, insylh..
masa untuk mengulangkaji ku semakin suntuk apabila aku berusaha untuk meluahkan perasaan ini dalam saat-saat yang genting ini..tapi niatku memang aku perlu melakarkannya disini kerana inilah perasaan yang aku alami sekarang, disaat sebelum menghadapi peperiksaan yang mendebarkan ini untuk aku kongsikan dengan semua..doakan aku ea:)~

Monday, April 25, 2011

mengteknologikan manusia dan memanusiakan teknologi..


sepatutnya mengikut jadual yang telah dipersetujui oleh hati mula hari ini aku perlu mengulangkaji pelajaran makroekonomi untuk menduduki exam paper tersebut hari jumaat ini...manakala pada minggu lepas aku sedia maklum untuk mengulangkaji paper untuk exm rabu ini iaitu masyarakat maklumat..tetapi disebabkan keinginan dan 'patient' yang tidak boleh dibendung dalam diri yang lebih tertarik untuk mengulangakaji subjek masyarakat maklumat ini telah mengasak diri untuk menukil walaupun seketika pada hari ini diblog ini mengenai sedikir perbincangan yang dicetuskan dalam subjek ini iaitu..CYBORG..

mungkin ada yang pernah mendengar istilah ini atau tidak tetapi yang pasti ianya adalah lebih femes dan familiar dalam kalangan kanak-kanak yang minat menonton cerita kartun di televisyen atau membaca komik.. cyborg adalah istilah yang semakin sinonim dalam masyarakat pada hari ini..hal ini kerana penggunaan teknologi pada hari ini adalah dilihat sebati dan mungkin telah menjadi sebati dalam diri individu pada hari ini..

cyborg bermaksud organisma hibrid sibernatik..secara mudah ia bermaksud integrasi atau percampuran manusia dengan teknologi..terdapat dua cara,samada hasil pengimplantation dimana mesin yang dihasilkan menembusi tubuh badan seperti Robocop (mengteknologikan manusia) tetapi mungkin juga dengan cara kedua iaitu identiti organisma yang tertanam atau terlekat dalam maklumat sibernatik seperti dalam cerita the net(memanusiakan teknologi)...

berdasarkan hubungan yang pertama kita melihat terdapat kesan secara positif dan negatif.. dalam arus zaman kita ingin memberikan satu loncatan kehidupan manusia ke satu arah yang lebih baik dengan menggunakan teknologi dimana ia sebagai satu hasil yanag logik dalam budaya siber..dan tanpa kita sedari kita juga telah mengimplimantasikan teknologi dalam diri atau kehidupan kita..

cuma mungkin tahapnya adalah lebih rendah iaitu dengan menggunakan telefon bagi tujuan perhubungan, atau yang lebih canggih lagi sebagai reminder, gprs yang menujukkan jalan, kenderaan motor atau kereta untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya..kita sangat bergantung kepada mesin-mesin ini..

sehinggakan sekiranya mesin ini menghadapi masalah(breakdown) kita seolah-olah tidak boleh teruskan kehidupan atau mungkin menghadapi pelbagai masalah..benar??(macam aku hari ini yang menghadapi masalah untuk tidak boleh menghubungi orang lain perasaan tertekan dan tidak selamat kerana tidak dapat meneruskan kehidupan seperti rutin biasanya..ini juga merupakan kesan negatif dimana mesin ini juga boleh bertindak untuk menghancurkan manusia..

dan manakala berdasarkan makanisme kedua pula adalah dimana kita mendapati diri kita adalah wujud melalui teknologi iaitu komputer dan sebagainya..misalnya, contoh yang paling dekat adalah seperti laman blog ini..ia mulanya adalah sesuatu yang tidak mempunyai perbezaan dan makna , tetapi manusia (iaitu aku) memberikan sedikit sebanyak identiti kepadanya..dan lebih hampir dengan sifat peribadiku..begitu juga facebook dan sebagainya(contoh yang ringan)..
dan kita mempercayainya dalam banyak segi sehinggakan kita tidak begitu suka atau gemar sekiranya ia dicerobohi...

misalnya didalam filem the net dimana Angela Bennet yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi siber dipadam dan digantikan dengan nama/identiti baru iaitu Ruth marx..oleh kerana beliau tidak dapat membuktikan beliau adalah angela (sebab ia hilang daripada realiti) di menjadi orang lain sebagai identiti baru yang diwujudkan dalam sistem makulumat yang tersimpan segala identiti individu...maka persoalannya, siapakan kita? siapakah yang menentukan kita? adakah kita wujud dalam memori? memori siapa? memori apa?

maka secara kesimpulan akhir, samada pembaca faham atau tidak apa yang ingin aku bincangkan disini ingin aku simpulkan bahawa kita hidup dalam zaman pasca humanisma..dimana kita hilang sempada antara manusia dan teknologi...dan kita juga belajar untuk mencintai teknologi bukan merasa takut terhadapnya..

dan dalam perbincangan aliran pascamodenisma yang menyatakan kita pada hari ini sedar mengenai sesuatu yang mengari kehidupan kita, tetapi kita tidak perlu merasa takut terhadapnya..bahkan hendaklah menikmati kehidupan tersebut dengan lebih gembira dan baik..

Friday, April 22, 2011

Luahan seorang anak..perkongsian dari seorang sahabat

aku di lahirkan pada 7.10.1989...ibu dan ayah ku memberi nama ku Muhammad Hanif Bin Alias...ibu ku seorang suri rumah dan ayah ku seorang anggota polis...selepas itu, aku telah dibawa oleh ibu dan ayah ke Ulu Kinta, Perak...semasa di sana kehidupan ku sangat gembira kerana pada masa itu aku dapat meluangkan masa dengan ibu dan ayah ku...selama beberapa tahun berada di Ulu Kinta, ibuku di kurniakan lagi dengan 2 orang cahaya mata...kehidupan kami sangat gembira....makanan ruji kami telur,nasi n ikan bilis masak pedas...walaupun begitu, itu sudah membuatkan kehidupan ku dan adik2 ku ceria...masa yang terluang membuatkan aku dan adik2 ku selalu bergurau senda dengan ibu....dan paling seronok apabila ibu ajak kami adik beradik buat kek bersama2....bila di dapur kami adik beradiklah yang paling riuh...sampai ibu tak larat melayan kerenah kami....kehidupan begini berlanjutan sehingga aku masuk ke tadika...pabila di zaman tadika
ibu selalu kata: "anep bila besar nk jadi apa?"
aku menjawab: "nk jd ustaz..."

terpampang wajah keceriaan di muka ibuku....pada masa itu, hanya ibulah org yang paling aku sayang...tiada wanita lain selain ibuku....

cita-cita ku ini terus menjadi impianku...sehinggalah aku menjadi naib johan pertandingan azan dan hafazan dan beberapa acara lain.....pada masa itu ibu n ayah lah orang yg paling gembira...walaubagaimanapun ayah ku sentiasa sibuk utk mencari nafkah sehinggakan aku semakin kurang merasakan kasih sayang seorang ayah....tp mcm biasalah ank bongsu selalu mendapat perhatian lebih...dan adik aku yang ke-3 adalah org yg selalu mendapat kasih syg...
dalam benak hatiku
" untungnya dia sbb dapat apa yg di nk dan abh pun sayngkan dia...tp tidak mengapa,aku ada ibu aku...dialah buah hatiku sampai hujung nyawaku..."
kini aku semakin membesar...

kata ibu: "dah besar anak mak pas ni kena g sekolah dan pergi naik track polis"
aku menjawab: " anep x nk kesekolah sbb nk jaga mak"
ibu membalas: " x pe anep g sekolah ptg nnt jumpa mak"

aku tetap dgn pendirianku utk tidak ke sekolah dan memberi pelbagai alasan sehinggalah aku di rotan oleh ayh ku dan tidak dibenarkan masuk ke rumah sehingga ke malam atas alasan aku tidak kesekolah dan lari dari sekolah....
sehinggalah aku berjanji dgn ibu dan ayahku yang aku akan kesekolah,pada masa itu barulah aku di benarkan masuk ke rumah.....

begitulah rutin hidupku...sehinggalah sampai satu masa, ketika aku hampir sudah hampir tamat pengajian darjah satu...

dalam benak hati ku: " balik ni mula2 kena jumpa mak dulu...aku pun merasa gembira"

apabila aku sampai kerumah:

Mak...mak... oh Mak...tiada juga kedengaran suara ibuku...
aku bertanya pada ayah ku: " abah, mak pergi mana..."
ayah ku hanya senyap sahaja sehinggalah aku di bawa ke hospital.....
pada masa tu perasaan sedih sudah melanda jiwaku...aku x nk balik...nk duduk dengan mak sehinggalah mak sihat...anep nk jaga mak...
ibu ku berkata: "anep pergi sekolah nnt boleh tengok mak lagi"
aku menjawab: "anep nk jaga mak..." sehinggalah sedara mara dan ayahku pujuk utk pulang kerumah...

berterusanlah hidup aku...sehingga darjah 2...apabila umurku 8tahun, ibu ku sudah semakin kurus dan tidak mampu untuk bergerak jauh...jadi ayah ku telah minta tukar tempat kerja dr perak ke Kuala Lumpur...kerana dekat dengan rumah nenek...proses perpindhan tersebut mengambil masa yang lama...ibuku telah di bawa dari hospital Besar Perak berpindah ke Hospital Sentosa....di situ ibuku menerima rawatan.....

apabila aku berumur 8tahun aku mengalami satu tsunami dalam hidupku...kerana di Perak aku hidup susah dan di kuala lumpur aku hidup agak senang kerana masih ada atuk dan nenek...pada umur ini baru aku dpt merasai burger,nugget, kentang dll...pada mulanya aku tidak suka dengan kehidupan begini...tp akhirnya aku kena akur, ni lah kehidupanku yang baru...

kehidupan aku yang gembira sekelip mata diambil oleh Allah...pada masa ini, aku dah semakin hilang kasih sayang seorang ibu dan ayah...ibu selalu di hospital, ayah sibuk bekerja...bila ibu di rumah itulah masa yang akn aku ambil dengan adik2 aku utk bemesra dengan ibu..sehingga aku sanggup beri alasan utk ponteng sekolah agama semata2 nk jaga ibu dan nk pastikan ibu selamat....apa yang ibuku minta,aku akn turuti....

tp perkara yang aku tidak boleh lupa semasa umur 8thn ialah, ibuku wajib ikut aku ke sekolah...dan setiap kali habis 1 mata pembelajaran aku akn keluar dari kelas utk pastikan ibuku ada di kntin sekolah...jika ibuku x pasti aku akan menangis dan mencari ibuku...jika ibuku ke hospital, atuk dan neneklah yang akn ikut aku ke sekolah...keadaan ini menyebabkan ibu dan ayhku marah kepada ku...

ibu berkata: "anep dah besar,jangan ngis2 pergi ke sekolah..."
aku menjawab: " baiklah....."

lama kelamaan aku sudah mula biasa dgn sekolah tersebut dan mendapat ramai kawan...pada masa tu aku pun mula lupakan ibuku kerana seronok bersama rakan2....tp bila balik kerumah pasti aku akn cari ibu aku,kerana aku sayang ibu aku.....paling seronok semasa aku umur 8tahun ialah aku suka mengemas dapur..kerja aku mesti aku akn buat apabila semua orang dah tidur...bila bagun tidur mst nenek aku akn menjerit
"siapa yang kemas dapur ni?"
aku hnya mendiamkan diri......sbb ibu ku selalu berpesan pada aku," kita hanya menumpang di rumah orang, jadi jangan bagi orang lain marah dan tak suka kita dan jaga adik2 kau..mak dah nk mati"
jawapanku:" baik mak, mak jgn lah sebut nk mati,sape nk jaga kami mak??"
ibuku: "senyap dan menitiskan air matanya..."
apa yang mampu aku buat ialah menangis,peluk ibuku dan berkata anep minta maaf kalu ada buat salah dengan mak"
ibuku: "diam dan hanya menangis....."

itulah yang berlaku ketika aku berusia 8tahun....rutin hidupku berterusan sehinggalah aku berumur 9 tahun...
pada usiaku 9 tahun setenggah,pada masa itu ibuku telah disahkan mengandung adik aku yang ke-4......semua ahli keluarga kebimbngan kerana ibuku sakit kronik dalam masa sama mengandung.......semua ahli keluarga kebimbngan...pada masa itu, masa yang ditunggu2 oleh ku utk tidak ke sekolah sebaliknya memberi alasan utk menjaga ibuku mengandung...dan seringkali ikut ibuku ke hospital utk rawatan......itulah saat paling gembira dlm hidupku kerana aku blh luangkan masa dengan ibuku...kadang2 ibu akan bw aku pergi jalan2 di bandar....dan pada masa tu ibuku membawa adikku dlm perutnya,toggkat dan diriku....kami x ada kenderaan yang ada hnylah bus...tu shj pengangkutan yang kami ada....setiap saat aku akn pimpin ibuku supaya ibuku selamat....

pada usiaku 10tahun, disinilah kemuncak aku untk berkasih sayang dengan ibuku...kerana pada usia ini adik aku dilahirkn dan pada masa inilah ibuku sudah mula berkata bukan2....

ibu: "anep mari sini,mak nak ckp skit"
aku menjawab: " ya mak,kenapa...?"
ibu: "anep...mak dah nk mati...nnt jgn tinggalkan adik2...jgn elok2...mak dah x ada,ayah kau sibuk bekerja..."
aku menjawab: "mak jgnlah mati dulu...anep nk tinggal dgn sape?"
ibu: " nenek ada,datuk pun ada..tinggal kat umah nenek, jgn pergi mana2?"
aku menjawab smbil menangis dan peluk ibu, " baiklah mak..."

apabila aku adik ke-4 lahir aku lah org yang selalu tidur kan dia...sambil berselawat...sehinggakan aku juga tertidur....menyedari keadaan mak aku yang sakit, aku telah menawarkan diri mahu menjaga ibuku dan nk tidur dgn ibuku setiap malam,

tp ibuku hny menjwab " anep kau bawa adik2 kau tidur kat luar..."
aku pun memberontak...dengan sifat kedegilan aku,aku tetap mahu tidur dengan ibu aku, sehinggalah ibuku meninggikan suara dan mrh aku,barulah aku bangkit dan pergi tidur di ruang tamu bersama2 adik2 ku...manakala adik ke-4 dan ayhku tidur bersama ibuku...pada masa tu hati ku brkata: " knp mak x bg tidur dengn dia,mak dah x syg kat aku ke..."perasaan sedih melanda hatiku........sejak itulah aku merasakan kasih syg aku semakin berkurangn...sehinggalah umur aku 11 tahun

pada umur 11 tahun, adalah detik2 terakhir ibuku sblm menghembuskan nafas terakhir...dua minggu sblm 5.5.2001..
pd masa tersebut aku perlu pergi ke tuisyen di sekolah...aku hny pergi menaiki basikal dgn sejauh 5km dari rumah..pada masa tersebut hatiku sudah tidak sedap kerana aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena...tp aku melupakan semua itu, aku teruskn belajar...selepas tamat belajar, aku bergegas pulang ke rumah, dan pada masa tu aku melihat deretan kereta disepanjng lorong rumah ku...lntas aku mengayuh sekuat hati...pada masa itu, dlm benak hatiku " adakah mak dah tingglkan aku"..

setiba aku dirumah,pak cik2 n mak cik2 minta aku bckan yasin utk ibuku...pada masa itu,aku dudk disebelah ibuku dan membacakan yasin sambil berjurai air mata....tmat shj bc yasin,aku jumpa ayah aku,aku tny pada ayah aku:
" abah blh x anep nk ponteng sekolah nk jaga mak??"
ayhku menjawab: " x pyh2x!!..abah boleh jg mak, kau pergi kesekolah"
aku pun tidak mahu berkata apa, hny diam shj yang termampu...ibuku sudah dlm keadaan nazak...tp masih blh berckp
ibu pesan sekali lagi: "anep jg adik2 ye mak dah nk mati"
sambil berjujuran air mata aku menjwab " baik mak...mak jgn tinggalkan anep...blh x mlm ni anep nk tidur dgn mak?"
ibuku menjawab: " x blh, pergi tidur dengn adik2 kau"....alangkah sedihnya hatiku....
hari2 ku menanti dan mendoakan agar ibuku sembuh dr penyakitnya.....
sampai lah pada 5.5.2001 tarikh keramat bagi aku...pada masa tersbut adalah hari jumaat......aku menjaga ibuku sepanjng hari......dalam masa yang sama di kwsan rumahku ada Pasar Malam...kebtulan pada masa tersebut aku merasa dahaga dan teringin nk minum air tebu jam menunjukkan 6.50pm...aku minta izin dari ibuku...
aku kata: " mak tunggu sini jap ye,anep dahaga,nk pergi pasar mlm nk beli air"
ibuku : " tidak mampu berkata apa2...sebaliknya hny menganggukkan kepala"
aku jumpa dgn ayah
aku berkata: "abah tlg jg mak jap,anep nk beli air tebu kat pasar mlm,dahaga"
ayahku menjawab: "ok"

setibanya aku di rumah aku dapati tubuh ibuku sudah menjadi kaku...mukanya sudah ditutup...alangkah remuknya hatiku ini...apabila ibu pergi tnpa menunggu aku....hati ku sgt sedih......aku teringt kata-kata ibu ku: "mak dah nk mati, jg adik elok2 ye" setiap kata ibu masuk kedalam kepala ku sehinggakan aku menitiskan air mata......satu mlm aku tidak tidur nk bckan yasin dan al-quran utk ibu.......sejak dari ibu sakit aku tidak dpt merasai ksh syg sewaktu aku kecil dahulu......sehingga aku hidup pada masa kini...aku masih tercari2 di manakah kasih sayng aku dan bilakah aku akn mendaptkannya......sepnjng ketiadaan ibu dan ayh yang tinggalkan kami, aku lah org yang sering di maki,di hina dan di cerca...semua serba x kena, aku mula memasskkan dlm diri aku, " aku akn pastikan tiada siapa yang akn memahami aku, dan aku akn pastikan x ada org akn syang kat aku dan biar aku yang jg adik2 aku"... perasaan syg aku hny utk adik2 aku......biar semua pahit dtg pada aku,bukn adik2 aku....

"dengarlah wahai manusia, aku tiada apa didunia ini.
aku hny insan lemah yang dahagakan kasih sayang,
sudah berbelas tahun aku tidak merasa nikmat ksh syg,
kini semuanya sudah hilng,apa yang tinggal adalah insan2 yang aku sayang,
cuma aku mengharapkan jika aku mati, aku dapat pastikan insan2 ini mendpt ksh syg dr seorang abg yang ditugaskan menjadi ibu dan ayah"

" mak....anep syang mak....."